Tuesday, 4 October 2011

IQRA'


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tuesday, 27 September 2011

KRT 3013


Kursus ini akan dinilai berdasarkan dua aspek iaitu kerja kursus dan peperiksaan akhir. Bagi kerja kursus, terdapat 3 tugasan yang perlu dihantar serta memerlukan penglibatan aktif dari pelajar iaitu forum, esei dan blog. Sila rujuk 'announcement' yang bakal diberikan pensyarah kumpulan masing-masing. Untuk peperiksaan akhir, anda perlu menjawab dengan betul 40 soalan objektif.